Tuesday, May 19, 2015

Supplement Yang Sesuai Untuk Pesakit Kencing Manis

Sejak kebelakangan nie selalu sangat dengar pasal rakan sekerja atau orang yang dikenali dapat Diabetes. Jadi, hari ni saya nak kongsikan pasal Diabetes atau kencing manis.

Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi tentang Diabetes adalah selepas saya mendengar cerita rakan sekerja saya..Ceritanya..

Puan N (bukan nama sebenar) mengadu suaminya didiagnos ada kencing manis.  Disebabkan terlalu takut, suaminya sanggup tak makan sampai badan makin susut. Ditambah lagi bila ada saudara mara yang dimasukkan ke hospital, kemudian dimaklumkan kena potong kaki sebab diabetes. Dimaklumkan juga, pesakit tersebut tak pernah tahu yang dia ada diabetes. Kalau orang cakap dia tak sedar pun diri ada diabetes, ia bukan benda pelik. Ramai yang tak tahu pun tanda gula dalam darah tinggi. Bila dah sampai tahap kena jangkitan, luka lambat sembuh, kemudian kena potong kaki, masa tu la baru kita tahu ada kencing manis. Tapi yang semua orang dah tahu, kencing manis yang tak terkawal boleh membawa kepada penyakit yang lain yang lagi teruk. 

Pernah dengar penyakit 3 serangkai?? Kencing manis-darah tinggi (ke jantung ea??)-buah pinggang. Dengar 3 serangkai pun semua orang dah "alert" kan..

Puan N juga turut bimbang sebab ujian darah terkini untuk gula dalam darah semasa puasa (fasting blood glucose) 18mmol/L..Mak aih..tinggi tuu..target normal adalah 4.4-6.1mmol/L. Puan N pun turut risau dengan tahap kesihatannya..

Apa yang saya boleh katakan pada Puan N, beliau kena jumpa doktor lagi untuk temujanji susulan. FBG tidak memberi gambaran keseluruhan kawalan gula dalam darah. Ada ujian yang boleh dijalankan untuk menentukan kawalan gula dalam darah untuk tempoh 3 bulan lepas. Dari situ baru kita boleh tengok gambaran keseluruhan kawalan gula dalam darah.

Saya dan diabetes tak dapat dipisahkan. Bukan sebab saya pengidap Diabetes yer..Sebabnya saya terlibat secara langsung dengan pesakit Diabetes kerana menjalankan program kaunseling terhadap pesakit Diabetes dalam membantu pesakit menguruskan Diabetes dengan lebih baik.. Kalau yang kerja di hospital mesti biasa dengar program MTAC Diabetes yang dijalankan oleh pegawai Farmasi.

Jom kita berkenalan dengan Diabetes..

Apa itu diabetes?

Diabetes adalah sejenis penyakit di mana paras gula dalam darah adalah tinggi. Penyakit ini boleh berlaku apabila terdapat kekurangan atau ketidakpekaan insulin yang berfungsi membantu mengurangkan paras gula dalam darah.

Secara ringkasnya ada 3 jenis Diabetes:

Jenis 1: sistem pertahanan badan memusnahkan sel yang menghasilkan insulin di dalam pakreas secara tidak sengaja

Jenis 2: terdapat halangan penggunaan insulin dan penghasilan insulin kurang

Gestational: terdapat halangan penggunaan insulin akibat kehamilan

Tapi kebanyakan kes Diabetes yang ada sekarang adalah Daibetes Jenis 2.

Apa itu Diabetes Jenis 2?

Ia melibatkan 90%-95% dari pesakit diabetes. Terjadi disebabkan oleh penghasilan insulin yang kurang atau insulin tidak sensitif. Biasanya dialami oleh individu yang obes atau berat badan berlebihan.

Apakah yang menyebabkan diabetes?

(1) Berat  badan  berlebihan
(2) Faktor keturunan / sejarah keluarga
(3) Pengambilan  makanan bergula
(4) Tidak aktif secara fizikal
(5) Sakit / Pembedahan
(6) Pengambilan ubatan tertentu: cthnya Prednisolone

Apa itu glukosa?

Glukosa juga dikenali sebagai gulaBadan kita memerlukan glukosa untuk menghasilkan tenagaBadan kita memerlukan glukosa (gula) untuk menghasilkan tenaga.
Gula terdapat dalam makanan yang berkanji / mengandungi karbohidrat e.g. nasi, roti, mi, gula, gula-gula  dll.

Apa itu Insulin?

Insulin adalah sejenis hormon yang dirembeskan oleh pankreas yang berperanan sebagai  ‘kunci’ yang mengawal paras gula dalam darah. Insulin membantu glukosa memasuki sel melalui pembukaan portal glukosa untuk penghasilan tenaga.

Kekurangan atau ketidakpekaan insulin akan mengakibatkan peningkatan paras gula dalam darah kerana gula tidak dapat memasuki sel.

Simptom Diabetes:
Apakah yang akan berlaku jika diabetes tidak dikawal?

(1) Komplikasi  saluran darah besar (makrovaskular)

Paras gula yang tinggi  boleh menyebabkan kerosakan  dan penyumbatan salur darahIni akan mengakibatkan halangan bekalan darah kepada organ penting seperti otak dan jantung yang mana boleh mengakibatkan strok & serangan jantung.

Amalkan pemakanan secara sihat dan lakukan senaman yang kerap.

(2) Komplikasi  saluran darah kecil (mikrovaskular).

Paras gula yang tinggi mengakibatkan kerosakan salur darah di hujung jari kaki & tangan. Ini menghalang peredaran darah yang mengakibatkan kebas dan kemudiannya hilang sensori.

Diabetes yang tidak terkawal boleh menyebabkan tompokan & kekaburan penglihatan. Mata juga boleh mengalami pertumbuhan selaput yang dipanggil katarak yang boleh menyebabkan kebutaan.

Kerosakan salur darah  di buah pinggang akan menyebabkan berlakunya kerosakan buah pinggang.

Bagaimana anda dapat mengawal diabetes?

1) Pemakanan yang sihat

Pengambilan makanan hendaklah mengikut piramid makanan bagi memastikan keseimbangan pemakanan.
Pilih makanan yang rendah lemak  e.g. susu rendah lemak.
Pilih makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi e.g. sayuran, bijirin.
Kurangkan makanan manis e.g. kek, biskut, aiskrim.
Makan pada waktu yang tetap.

2. Senaman yang berkala / kerap

Bersenam selama 30 minit setiap sesi, sekurang-kurangnya 5 kali seminggu (150 min/minggu). Senaman boleh membantu insulin bertindak dengan lebih baik.
Membantu menurunkan berat badan & mengawalnya.
Contoh senaman : berjalan, berenang, berbasikal

3. Ambil ubat seperti yang diarahkan.

Apakah sasaran paras gula anda?

Semua pesakit diabetes  amat digalakkan untuk memantau paras gula di rumah dengan menggunakan glukometer. Semua bacaan hendaklah direkod

Semasa puasa : 4.4 – 6.1 mmol/L
2 jam selepas makan : 4.4 – 8.0 mmol/L
HbA1c  : <6.5% (purata kawalan gula dalam tempoh 3-4 bulan)
Faktor yang menyebabkan 'Insulin Resistance'

1. Perut Buncit
Ukur lilit perut
lelaki > 90cm
Wanita > 80cm

2. Triglycerides > 1.7mmol/L

3. HDL rendah
Lelaki < 1 mmol/L
Wanita < 1.3 mmol/L

4. Tekanan Darah Tinggi > 130/85 mmHg

5. FPG > 5.6 mmol/L

Okeh..anda dah tahu banyak benda berkaitan Diabetes terutamanya komplikasi daripada Diabetes yang tak terkawal. Yang paling menakutkan komplikasi yang melibatkan buah pinggang dan strok.

Apa yang Shaklee boleh bantu anda?

Jika anda atau orang tersayang pengidap diabetes kronik (dah lama) dan mempunyai HbA1c > 6.5% atau Diabetes sehingga tahap memerlukan suntikan insulin Atau Diabetes tak terkawal sehingga menyebabkan fungsi buah pinggang makin merosot, tanpa kompromi saya cadangkan anda untuk ambil Vivix yang tinggi antioksidan dan bertindak diperingkat sellular. Ia membantu meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan terhadap glukosa dan banyak manfaat lain  kepada kesihatan termasuk kepada buah pinggang.

Jika anda atau orang tersayang, pengidap Diabetes diperingkat awal @ hanya mengambil ubat diabetes dalam bentuk tablet, saya cadangkan anda untuk Zinc Complex untuk meningkatkan sensitiviti insulin dan berfungsi untuk mengaktifkan enzim2 untuk tindak balas dalam badan. Di samping itu, saya cadangkan anda untuk mengambil B complex yang penting dalam mengaktifkan enzim2 yang terlibat dalam penghasilan tenaga (makanan ditukar kepada tenaga).

Bagi yang tidak dapat mengawal nafsu makan, saya cadangkan anda gantikan makanan anda dengan protein yang memberi rasa kenyang lebih lama dan mempunyai indeks glisemik yang rendah yang hanya memberi perubahan yang kecil kepada paras gula dalam darah.

Untuk konsultasi yang lebih lanjut dan eksklusif spesifik kepada faktor risiko masing2 atau faktor2 yang menyebabkan insulin resistance, jangan segan2 untuk hubungi saya.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

FB : Zarida Mom & Baby Shoppe

No comments:

Post a Comment

AddThis