Tuesday, June 2, 2015

My Breastfeeding Journey: Part 2

Bersambung...

Untuk anak ke 3, saya rasa saya lebih bersedia berbanding 2 anak yang sebelum ini. Saya dah tekad untuk susukan Alya sehingga 2 tahun. Saya sendiri boleh nampak perbezaan antara Athirah (3bulan menyusu) dengan Zulfa ( setahun menyusu). 

Antara perbezaan yang saya dapat lihat:
Athirah: selalu sangat sakit, batuk, demam dan selsema. Selera makan pun kurang.. nak makan pun kena paksa.
Zulfa: jarang sakit, sangat berselera kalau makan, tak memilih sangat.

Kali nie saya nekad untuk susukan Alya sehingga 2tahun. Masa kandungan masuk 8 bln saya ajak suami walk-in pumponthego kelana jaya untuk beli double breastpump Spectra m1..kebetulan masa tu tengah promo..Selepas lahirkan Alya, saya dah berazam untuk jadi ibu lebih sabar..sabar dalam erti kata sabar melayan kerenah anak yang suka melekat dengan kita 24jam. Penat memang penat tapi saya ambil perkara ini secara positif. Bila anak selalu melekat kat kita, makin banyak rangsangan yang diberi pada puting ibu, semakin banyak susu dihasilkan. Saya juga nekad untuk tidak memberi puting kosong kepada Alya kerana ianya akan menggangu penyusuan susu ibu.

Selepas 2minggu bersalin, saya mula pam secara konsisten sebanyak 4kali sehari (pagi-tengahari-petang-sebelum tidur). Sekejap je freezer kat rumah dah penuh dengan stok susu. Akhirnya, saya minta suami untuk beli deep freezer. Sebelum kembali bekerja, deep freezer berjaya dipenuhkan. Sampai sekarang, stok EBM beku boleh dikatakan tak bergerak dan saya masih mampu untuk membekalkan susu EBM segar kepada nursery setiap hari. Cuma kadang2 saya bekalkan juga susu EBM beku sebab nak habiskan stok2 lama sebelum expired. Disebabkan stok susu terlalu banyak, saya mengambil keputusan untuk mengambil anak susuan. Setiap 3 minggu ibu anak susuan akan mengambil stok susu beku. Semoga Allah permudahkan saya untuk susukan Alya dan kiesya (anak susuan) sehingga 2 tahun. 

Perbezaan paling ketara yang saya rasa menjadi faktor yang membantu saya penuhkan deep freezer adalah pam secara konsisten 4 kali sehari. Baik semasa cuti bersalin atau setelah kembali berkerja. Kalau masa anak ke2 saya hanya pam sekali sahaja (semasa lunch hour) di pejabat, tapi untuk Alya saya nekad untuk pam 3 kali sehari. 

Saya cuba untuk pam diwaktu yang sama setiap hari, 5.30pagi, 10 pagi (saya akan ganti balik jam yang saya gunakan untuk pam susu untuk kerja OT tanpa claim 5-5.30pm), 2.30 ptg (lunch hour) dan 5.30ptg (sementara menunggu suami datang jemput dan sebelum tidur kalau masih larat. 

Dari segi pengambilan supplement, untuk Alya saya hanya menggunakan produk Shaklee 100%. Saya konsisten dengan Vita C SR, VitaLea, dan Ostematrix sebelum tidur. Alfalfa saya ambil on off

Sekarang baru saya sedar, supplement BASIC sangat penting untuk mengekalkan tahap kesihatan sekarang. Badan yang sihat dan tidur yang lena membantu mengurangkan stress. Stress boleh mengurangkan penghasilan hormon prolaktin dan seterusnya mengganggu penghasilan susu ibu. 

Walau bagaimanapun, jika ibu2 nak ambil SET MENYUSU LENGKAP lagi bagus. Yang wajib ibu2 ambil adalah SET BASIC untuk mengekalkan kesihatan ibu bukan hanya berharap kepada SET BAJET untuk banyakkan susu badan. Kalau badan tak sihat, tidur tak lena, badan sakit2, stress akan meningkat, hormon prolaktin akan menurun, susu ibu juga akan berkurang.

Sekarang ibu2 dah nampak perubahan besar yang dah saya lakukan. Saya percaya ibu2 juga boleh penuhkan deep freezer masing2 sebeum kembali bekerja. Lakukan perubahan untuk hasil yang lebih yang baik. Tiada istilah kegagalan dalam penyusuan. Belajar dan terus belajar. Usaha dan terus berusaha untuk beri yang terbaik kepada anak kita. Setiap titis susu ibu menjanjikan pahala untuk kita insyaALLAH:))

Semoga memberi inspirasi kepada ibu2 untuk lakukan perubahan untuk yang tersayang.

Klik untuk baca My Breastfeeding Journey: Part 1.
Klik untuk order: Set Menyusu Lengkap

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 


ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949
zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis