Saturday, January 23, 2016

Dental Clearance: Kali Pertama Kak Yaya Masuk Dewan Bedah Cabut Gigi (Part 1)

Tiba masa yang ditunggu-tunggu. .

Pagi tu tibe2 dapat short notice dari oral surgery. Saya dimaklumkan ada pesakit yang batalkan pembedahan. Tanpa banyak fikir, saya terus setuju untuk di "slot in" untuk jadual pembedahan besok.

Setelah mendapat surat kemasukan wad dan menandatangani consent form untuk pembedahan Kak Yaya, saya terus mengisi borang cuti rehat.

Keesokkan harinya, kami (saya, suami dan kak Yaya bangun seawal 6pagi (awallah sangat kan;)). Kami sampai ke kaunter pendaftaran masuk wad  jam 7.05 pagi.

Jam 7.20pagi, kami sudah berada di wad 8c Hospital Sleyang untuk bersiap masuk ke dewan bedah.

Kak Yaya diminta untuk memakai persalinan yang ditetapkan untuk masuk ke dewan bedah. Kak yaya masih tenang. Mungkin seronok dilayan sebagai pesakit. Saya dan suami menemani kak yaya yang ditolak ke bilik bedah. Saya diberi persalinan baru sebelum saya dibenar masuk ke bilik bedah. Suami diminta tunggu di luar.

Diluar bilik bedah, Doktor bius menghampiri kami untuk memberi penjelasan sekali lagi tentang ubat bius yang akan diberi. Selepas itu kak yaya ditolak masuk ke bilik bedah. 

Doktor bius cuba menenangkan kak yaya sebelum diberi gas oksigen berperisa strawberi. Kak yaya kelihatan masih tenang. Tak lama selepas itu, doktor bius mula mengawal kemasukan ubat bius bersama-sama gas oksigen. Kak yaya mula mengantuk. Tak lama selepas itu, kak yaya tertidur. Proses menidurkan kak yaya terlalu cepat. Rasenya tak sampai seminit dari saat die diberikan gas oksigen berperisa strawberi tadi.

Setelah kak yaya tidur, saya diminta untuk menunggu di luar. Sebelum keluar, doktor meminta saya untuk mencium Kak Yaya terlebih dulu. Sambil mencium, saya menggosok-gosok pipi Kak yaya. Sejujurny,a berat untuk saya tinggalkan Kak Yaya dalam keadaan seperti itu. Mungkin itu kali terakhir saya akan berjumpa dengan Kak Yaya. Segalanya mungkin kan..

Teringat semasa saya memasuki dewan bedah kerana serviks terkoyak yang menyebabkan kehilangan banyak darah semasa bersalin anak ke 3 kami Alya. Suami menghantar saya sehingga ke pintu dewan bedah. Suami diminta tunggu di luar. Suami cuba mengintai saya dari tingkap kecil. Dia senyum sambil melambai-lambai melihat saya ditolak masuk ke ruang bilik bedah. Walaupun dia senyum, saya tahu dia risaukan saya. Saya dah kehilangan banyak darah dan semakin lemah. Sehinggakan untuk membuka mata pun dah tak larat. Kini saya rasa apa yang suami saya rasa dulu sewaktu meninggalkan saya di bilik bedah. Segalanya mungkin berlaku..

-bersambung-

No comments:

Post a Comment

AddThis