Monday, February 1, 2016

Masalah Kekeringan Dan Ketidakselesaan Mata Selesai


Testimoni 4: NIK SITI MARDHIAH ABD RAHMAN

(Gaya bahasa diolah semula oleh Zarida Zakaria)


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA,

Saya Nik Siti Mardhiah Bt Abd Rahman. 15 Oktober 2014 saya baru menginjak umur 31 tahun. Allah telah beri sedikit ujian kesihatan mata pada awal Oktober 2014.

Saya mula perasan anak mata kedua-dua belah mata saya kering, kesat, berpasir dan tidak selesa seperti hari-hari sebelumnya. Walaupun saya rabun jauh dan bercermin mata ,saya belum pernah mengalami masalah seperti ini.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, saya hanya membiarkan keadaan ini berlarutan kerana saya beranggapan bahawa keadaan ini mungkin hanya untuk sementara waktu sahaja. Walau bagaimanapun, keadaan semakin teruk apabila menjelang malam terutamanya selepas waktu Maghrib. Mata seolah-olah mengantuk, rasa sangat kesat dan berpasir. Padahal saya masih belum mengantuk. Saya masih buat andaian bahawa mata saya kepenatan sahaja. Sedar tak sedar, saya telah membiarkan mata kekeringan tanpa apa-apa tindakan selama hampir 8 bulan.

Setelah sekian lama, saya mula rasa khuatir dan terfikir apakah ini tanda-tanda badan saya kekurangan sesuatu nutrien penting khususnya vitamin A dan Karotena. Hasil pembacaan saya tentang kesan jangka panjang akibat kekeringan mata, masalah ini boleh menjejaskan tahap fungsi penglihatan dengan lebih serius.

Sebenarnya saya adalah pengguna produk Shaklee sejak menyusu anak sulung pada tahun 2012 lagi tetapi saya tidak pernah tahu bahawa Shaklee ada satu produk emas yang sangat bagus untuk kesihatan mata.

Saya menghubungi semula upline saya Master Norhanita Yusof dan beliau mencadangkan CAROTOMAX. Sebotol CAROTOMAX hanya mengandungi 30 biji dan minimum pengambilan hanya sebiji sehari.

Botolnya paling kecil dan comel berbanding botol produk Shaklee yang lain. Pada masa itu saya hanya bertawakal kepada Allah S.W.T.

Saya cuma telan sebiji CAROTOMAX pada waktu malam. Pada waktu siang saya masih meneruskan pengambilan Set Penyusuan dengan kadar sangat minimum iaitu ESP, VITA-LEA IRON FORMULA, SUSTAINED RELEASE VITA-C 500gm, B COMPLEX, ALFALFA, dan OSTEMATRIX. Saya istiqamah pengambilan sehingga malam ke-3.

Pada malam ke-4 sebelum pengambilan seterusnya, saya masih ingat sekitar jam 9 malam selepas solat Insyak terdetik rasa hairan dan aneh bebola mata saya sudah boleh digerakkan dengan lancar dan mata tidak seperti orang mengantuk!. Sunghuh teruja dengan keadaan mata saya pada malam itu. Bermacam-macam perasaan yang hadir. Syukur, lega, gembira, malah rasa ajaib. Saya baru telan 3 biji sudah rasa perubahan positif? Betul ke ni?.

Kemudian saya teruskan pengambilan CAROTOMAX sehingga ke 20 biji. Selebihnya 10 biji disimpan dalam peti sejuk. Saya sengaja mahu menguji lagi keberkesanan si kecik CAROTOMAX ini. Saya meneruskan pengambilan Set Penyusuan tanpa CAROTOMAX sehingga hampir 60 hari.

Alangkah gembiranya saya, walaupun 60 hari telah berlalu, mata saya tidak lagi mengalami kekeringan dan ketidakselesaan seperti dahulu seolah-olah saya masih mengambil CAROTOMAX. Kemudian saya habiskan 10 biji yang masih berbaki.

Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t saya diberi kesempatan merasai kekeringan mata yang perit hanya selama 8 bulan sahaja. Sepanjang tempoh pengambilan CAROTOMAX syukur saya tidak mengalami sebarang 'Healing Crisis'. Mungkin faktor umur saya yang masih muda, proses pemulihannya agak cepat. Saya pastikan supaya kerap minum air bersih antara 2 liter sehingga 3 liter sehari.

Kini saya baru sahaja mengetahui bahawa rawatan bagi kes mata kering, dos CAROTOMAX boleh ditingkatkan pengambilannya sehingga 2 biji 2 kali sehari. Bayangkanlah jika telan 1 biji sehari selama 3 hari sudah boleh merasai perubahan positif apatah lagi jika telan 2 biji 2 kali sehari?

Saya jatuh hati dengan si kecik CAROTOMAX dan masih mahu meneruskan pengambilan untuk menurunkan tahap rabun jauh dan pelbagai faedah kesihatan yang lain kerana fungsi CAROTOMAX sangat banyak khasiatnya.

"Saya hanya berikhtiar, penyembuhan penyakit hanya dengan izin Allah S.W.T"

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Baca lanjut tentang Khasiat Carotomax.

Credit to: FB Supermom Shaklee Story
Sumber:http://annachantek.blogspot.my/


Klik untuk order: Carotomax

Hubungi saya untuk maklumat lanjut : 

ZARIDA ZAKARIA
Shaklee Independent Distributor
No ID: 1070721
6013 2862949

zaridazakaria@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

AddThis